Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Iklan
Pertemuan Annuar Musa (kiri) dan Mohamed Nazri di sebuah restoran. Tangkap layar hantaran Annuar Musa di Facebook pada Rabu.
SHAH ALAM - Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Perkara itu didedahkan pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Terima kasih Mohamed Nazri kerana ajak saya dan belanja makan hari ini. Terima kasih juga kerana menjadi ahli MN serta memberi dukungan kuat terhadap NGO MN.
"MN akan kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan keanggotaannya dibuka kepada semua pihak daripada pelbagai parti, kaum, agama serta budaya.
Iklan
"MN mengutamakan nilai kesederhanaan dan kasih sayang, perpaduan yang bertunjangkan perpaduan pribumi serta saling menghormati dalam konteks masyarakat berbilang bangsa," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Mohamed Nazri dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat kerana mempunyai pengalaman yang luas sebagai anggota pentadbiran negara.
Iklan
Menurut Kementerian Luar Negeri (KLN), beliau yang juga merupakan graduan Lincoln's Inn di United Kingdom pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri juga berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>