Bersediakah laksana kerja empat hari seminggu?
Iklan
Kebanyakan pekerja di negara ini bekerja dalam tempoh yang lama dalam seminggu kerana masih banyak majikan menetapkan syarat bekerja enam hari seminggu sehingga pekerja mempunyai masa terhad bersama keluarga. Gambar hiasan
MENURUT kajian oleh Remote, Malaysia berada dalam kedudukan kedua terburuk di dunia berkaitan keseimbangan pekerjaan-kehidupan (work-life balance) daripada 60 buah negara (Sinar Harian, 28 Jun 2024).
Malaysia memperoleh 27.51 markah daripada 100 dan mencatatkan purata kerja mingguan lebih 40.8 jam berserta gaji minimum kira-kira RM5.04 sejam. Ini jauh berbeza dengan Singapura (29.1 jam) dan Indonesia (30.1 jam).