Ahli PKR desak Zuraida dipecat
Iklan
PETALING JAYA - Lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat desakan terbuka agar Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dipecat di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.
"Pecat, pecat! Pecat Zuraida! Zuraida pengkhianat! Zuraida pengkhianat!." Itu laungan protes ahli terbabit sambil memegang sepanduk 'satu suara pecat Zuraida' di hadapan Ibu Pejabat PKR terletak di Jalan Tropicana Selatan itu.