KUALA LUMPUR - Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhadapan Balai Bomba Jalan Tun Razak pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.35 pagi dan sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi berkenaan bagi menjalankan tugas menyelamat.