UMNO hantar notis tuntutan RM100 juta kepada ADUN Rembia
Iklan
Ahmad Zahid
GUA MUSANG - UMNO sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis untuk pembayaran ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta ekoran tindakannya menyertai Pas.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jailani perlu melunaskan pembayaran berkenaan kepada parti.
Iklan
Iklan
"Untuk ADUN Rembia, LOD telah dikeluarkan kepada beliau untuk membayar RM100 juta,” katanya dalam sidang media pada Program Bertemu Mata bersama beliau di Pusat Daerah Mengundi Jerek.
Pada Khamis lalu, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta terhadap wakil rakyat yang meninggalkan parti.
Iklan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu diambil sebagaimana perjanjian yang dimeterai oleh wakil rakyat sebelum ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan terdahulu mengumumkan Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai Pas berkuat kuasa Jun tahun lalu.
Iklan
Ahmad Zahid menegaskan, semua wakil rakyat BN terikat dengan ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta termasuk calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani jika beliau menjadi wakil rakyat.
"Semua calon BN terikat dengan akuan sumpah dan perjanjian untuk tidak meninggalkan parti dan jika meninggalkan parti bon yang harus dibayar semula adalah bernilai RM100 juta,” ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>