Kenaikan harga bahan binaan masih terkawal - Rehda
Iklan
Rehda sedang mengumpul data dan maklum balas daripada ahli-ahlinya mengenai kos pembinaan yang terlibat serta impaknya terhadap harga jualan rumah. Gambar kecil: Hon Sang
SHAH ALAM – Biarpun kenaikan kos bahan binaan seperti simen dan besi mungkin memberi impak kepada peningkatan harga rumah, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) mengesahkan bahawa keadaan pada masa kini masih terkawal.
Presidennya, Datuk Ir Ho Hon Sang berkata, walaupun harga besi menunjukkan tanda-tanda stabil sejak awal tahun ini, harga simen terus mengalami kenaikan namun masih berada dalam keadaan stabil.