Dua risiko menjual melebihi kemampuan
Iklan
Usahawan kena sentiasa menambah ilmu dan kemahiran pengurusan, di samping membawa masuk bakat-bakat dengan keupayaan bersesuaian keperluan perniagaan. Gambar hiasan
SETIAP perniagaan mahu menjual sebanyak mungkin produk mereka. Itulah sebabnya pelbagai usaha pemasaran dan jualan diadakan setiap masa.
Jika kita perhatikan di luar sana, ada pelbagai program latihan pemasaran dan jualan ditawarkan. Semuanya menjanjikan peningkatan jualan yang menarik – boleh menyebabkan usahawan mengikuti program-program berkenaan mengabaikan aspek-aspek lain dalam perniagaan, yang akan terkesan dengan peningkatan jualan.