Lepaskan sedikit kerusi DUN jika GPS ikhlas bersama Kerajaan Perpaduan
Iklan
PKR Sarawak mencabar GPS menyerahkan beberapa kerusi DUN Sarawak pada PRN negeri itu akan datang sekiranya koalisi itu ikhlas bersama Kerajaan Perpaduan. Gambar kecil: Iswardy Morni
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mencabar Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk 'melepaskan' beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi ditandingi rakan-rakan dari Pakatan Harapan (PH).
Pengarah Strategik Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak, Iswardy Morni berkata, GPS harus berjiwa besar melakukan perkara itu sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu bergabung dengan Kerajaan Perpaduan pada masa hadapan.