Strategi calon hibrid Pas-Bersatu
Iklan
Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail (tengah) dipilih sebagai calon PN di PRK Nenggiri.
SHAH ALAM - Penganalisis politik mengenal pasti lima faktor utama Perikatan Nasional (PN) memilih strategi pelantikan ahli hibrid Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berasal dari Pas, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon pilihan raya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, faktor pertama Bersatu dan Pas bersetuju berkompromi mencalonkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas kawasan Gua Musang itu adalah bagi mewujudkan situasi ‘menang-menang’ dalam mengelakkan fenomena boikot penyokong Pas di DUN berkenaan.