Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Iklan
Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) memaklumkan Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung. Foto Facebook Lionel Fatupaito
JURULATIH tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) memaklumkan Fatupaito meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung.
Iklan
Iklan
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan seperjuangan Fatupaito yang meninggal dunia secara mengejut semalam," katanya dalam satu kenyataan.
IBA menyifatkan kematian Fatupaito sebagai satu kehilangan kepada dunia sukan.
Iklan
"Legasinya akan berterusan bagi memberi inspirasi kepada generasi pada masa hadapan. Doa kami sentiasa bersama pasukan Samoa dan semua yang terkesan dengan kehilangan ini," katanya.
Difahamkan, jurulatih berusia 60 tahun itu diberikan rawatan kecemasan namun tidak berupaya untuk menyelamatkan Fatupaito dengan pejabat pendakwa raya tempatan mengklasifikasikan kematian bersifat 'semula jadi'. - Awani
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>