Malaysia sudah tidak dijajah China
Iklan
BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010. Foto Agensi
PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hasrat Malaysia menyertai platform kerjasama ekonomi BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) agak mengejutkan, namun bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Berdasarkan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Dewan Rakyat, penyertaan Malaysia bertujuan meningkatkan peluang kerjasama ekonomi melalui platform BRICS sebagai alternatif mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.