Ombak 4 meter, trip feri Pulau Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Iklan
Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd terpaksa membatalkan beberapa trip feri berikutan cuaca buruk pada Sabtu. Foto Ihsan Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd
LANGKAWI - Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd terpaksa membatalkan beberapa trip laluan dari Pulau Langkawi menuju Kuala Kedah dan Kuala Kedah menuju Pulau Langkawi berikutan cuaca buruk pada Sabtu.
Pengurus Operasinya, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, ia berikutan ketinggian ombak lebih kurang 4.0 meter (m) di laut.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kadar kelajuan angin pula lebih kurang 16 hingga 18 knot yang boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot-bot kecil.
"Sehubungan itu,konsortium terpaksa membatalkan trip laluan Pulau Langkawi (PL) - Kuala Kedah (KK) - Pulau Langkawi, dan juga laluan Kuala Kedah (KK) - Pulau Langkawi (PL) - Kuala Kedah (KK) akibat daripada cuaca buruk di laut.
Iklan
"Jumlah penumpang yang masih tidak boleh meneruskan pelayaran Pulau Langkawi (PL) - Kuala Kedah (KK) - Pulau Langkawi adalah seramai 808 penumpang, manakala jumlah penumpang dari Kuala Kedah (KK) - Pulau Langkawi (PL) adalah seramai 890 penumpang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, trip yang dibatalkan adalah trip jam 2.30 petang melibatkan perjalanan dari Pulau Langkawi,diikuti trip jam 4.30 petang untuk perjalanan dari Kuala Kedah, trip jam 4.30 petang untuk perjalanan dari Pulau Langkawi dan trip jam 6 petang untuk perjalanan dari Pulau Langkawi.
Iklan
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, trip tambahan telah disediakan untuk pilihan kepada penumpang-penumpang yang ingin menaiki trip tambahan laluan ke Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 6 petang, Sabtu.
Norhafiz turut memaklumkan, penumpang-penumpang yang ingin menukarkan tarikh dan masa untuk hari berikutnya boleh membuat atau mengikut proses yang sedia ada.
Beliau berkata, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.