DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li
Iklan
Megat Zulkarnain
GOMBAK - Gesaan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar DAP tidak turun berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRK) Nenggiri dianggap sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili parti itu.
Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, semua pihak berhak melontarkan pandangan masing-masing namun keutamaan harus memikirkan semangat Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
"Yang penting sekarang adalah semua parti dalam Kerajaan Perpaduan boleh memainkan peranan.
"Kita jangan lupa semasa calon UMNO bertanding di PRK Pelangai, DAP mainkan peranan di PDM SJKC Telemong dengan menyumbang 98 peratus kemenangan di PDM itu," katanya diminta mengulas berhubung kenyataan Ku Li.
Iklan
Beliau ditemui pada Program Mini di Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Selangor di sini pada Sabtu.
Megat Zulkarnain juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri berkata, isu tersebut tidak perlu disensasikan sebaliknya memberi fokus membantu memenangkan calon BN.
Iklan
"Soal DAP datang atau tidak, itu diletak nombor dua tapi pendirian kita sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan, kehadirannya dialu-alukan.
"Semasa calon DAP bertanding di Kuala Kubu Baharu pun, UMNO turun bantu calon mereka. Beginilah cara kita bekerja dan bekerjasama," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Ku Li meminta DAP tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri menjelang PRK di Kelantan.
Razaleigh berkata tidak ada sebab untuk pemimpin parti majoriti Cina itu untuk turun berkempen di kawasan yang 100 peratus Melayu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>