CIDB bangunkan pelan antirasuah
Iklan
CIDB menjalankan pemeriksaan di tapak pembinaan bagi memastikan tiada sebarang unsur rasuah dan ketelusan pengurusan.
SHAH ALAM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi tadbir urus secara terancang melalui pengurusan risiko korupsi agar perkhidmatan cekap dan berintegriti.
OACP merangkumi empat bidang keutamaan dan empat strategi serta 94 inisiatif yang menjurus kepada memperkukuh ketelusan, kredibiliti, keberkesanan dan kecekapan CIDB.