Rukun Negara gagal kerana hanya dihafal

Iklan
Kok Seong ketika ditemu bual Sinar Harian menegaskan Rukun Negara gagal mencapai matlamatnya apabila tiada kesinambungan supaya rakyat menghayati dan menjiwai lima teras prinsipnya. - Foto: Rosli Talib

BANGI - Felo Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong menegaskan Rukun Negara gagal mencapai matlamatnya walaupun mencapai usia 50 tahun pembentukannya.

Beliau berkata, Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan bagi memupuk perpaduan sesama kaum hanya sekadar diingati dan dihafal oleh rakyat Malaysia tanpa penghayatan yang sebenar.

Iklan
Iklan

"Semua pihak selalu bercakap peri pentingnya Rukun Negara. Bagaimanapun, kita kena akui bahawa Rukun Negara itu gagal. Rukun Negara digubal setelah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Rukun Negara itu tidak lain tidak bukan adalah satu ideologi perpaduan."Jadi kita perlu lihat balik sejauh mana Rukun Negara itu berjaya menyatupadukan kita semua. Nampaknya tidak begitu berjaya dan selalu orang bercakap tentang kita kurang menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara itu.

"Memang betul kita tak hayatinya. Bagaimana kita nak hayatinya sedangkan ia dilancarkan dalam bentuk kita menghafal sahaja lima prinsip dalam Rukun Negara. Kita bacanya dalam ikrar. Ia tidak lebih sekadar membaca ikrar dan menghafal lima prinsip Rukun Negara,” katanya ketika ditemu bual Sinar Harian di pejabatnya di ATMA UKM di sini baru-baru ini.

Iklan

Umat Islam perlu jadi ejen perubahan

"Beliau (Hussamuddin) berani memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu tentang hubungan etnik kita yang semakin hari semakin teruk. Saya menganggap usaha beliau itu sebagai sumbangan negarawan yang meletakkan Malaysia sebagai keutamaan yang paling tinggi.

Iklan

"Mesej yang disampaikan oleh beliau cukup jelas dan keras iaitu sudah sampai waktunya pihak berkuasa melakukan satu tindakan yang jitu dan konkrit sifatnya untuk menangani masalah hubungan etnik yang begitu meruncing. Jadi saya sokong kuat usaha beliau,” katanya.

Kempen berkenaan dibuat bagi mengembalikan semula keutuhan kaum di Malaysia selain mencadangkan 13 Mei 2020 dijadikan sebagai Hari Merayakan #MalaysiaHarmoni.