CAP gesa KPM tidak terima dana produk tembakau, minuman keras
Iklan
Subbarow
GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya tidak menerima dana daripada produk tembakau atau minuman keras.
Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, KPM digesa supaya kekal dan mematuhi garisan panduan sedia ada berhubung perkara itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sumbangan yang melibatkan hasil daripada aktiviti rokok dan minuman keras adalah dilarang kerana ia haram.
"CAP menggesa KPM supaya mematuhi garis panduan sedia ada yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan minuman beralkohol.
Iklan
"Tambahan pula, kedua-duanya adalah musuh kepada kesihatan manusia. Rokok, rokok elektronik dan minuman keras boleh membawa banyak masalah sosial dalam kalangan masyarakat. CAP berharap KPM tegas dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Selain itu, Subbarow berkata, CAP juga memohon agar Kabinet tidak memberi laluan untuk berunding dengan pihak syarikat mengenai garis panduan tersebut.
Iklan
"Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana memperkasakan kod sukan yang selamat untuk mengelak sebarang tajaan aktiviti sukan melibatkan syarikat tembakau, rokok elektronik, vape dan alkohol.
"Kita berharap KPM tegas dan mengambil tindakan yang positif dalam isu ini," tambahnya lagi.
Sebelum ini, KPM sedang melakukan siasatan lanjut berhubung isu program amal di sebuah sekolah ditaja syarikat arak.
Kementerian itu dalam kenyataannya menegaskan, pentadbir institusi pendidikan KPM diingatkan untuk mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
Ini termasuk larangan menerima sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>