Pakar kesan koronavirus di pasar makanan laut

Iklan
Pengawal keselamatan berkawal di luar Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan. - Foto AFP

BEIJING - Pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China berjaya mengasingkan koronavirus dalam sampel persekitaran makanan laut di Wuhan sekali gus menunjukkan wabak itu datang daripada haiwan liar yang dijual di pasaran.

Menurut laporan Xinhua, sebanyak 35 daripada 585 sampel alam sekitar yang dikumpul di Institut Pengawasan dan Pencegahan Penyakit Virus Kebangsaan di bawah CDC dari Pasar Borong Makanan Laut Huanan didapati mengandungi asid nukleik novel koronavirus 2019-nCoV.

Iklan
Iklan

Laporan media sebelum ini mendedahkan, taburan geografi kes menunjukkan hubungan rapat antara wabak dengan pasar makanan laut tersebut.

Kesemua sampel dikumpul pada 1 hingga 12 Januari lalu selepas mendapat arahan dari CDC.

Iklan

Sejumlah 31 daripada 33 sampel positif diperoleh dari kawasan barat pasar yang menempatkan banyak kedai menjual haiwan liar.

Pakar menjelaskan, keputusan itu juga memberi petunjuk bahawa koronavirus berkait rapat dengan penjualan daging haiwan liar.

Iklan

Kejayaan pengasingan virus terbabit turut membuktikan pasar borong tersebut mengandungi sejumlah besar koronavirus. - Agensi