IT dan otak
Iklan
Gangguan IT global baru-baru ini menjejaskan syarikat penerbangan di seluruh dunia. Foto EPA
MINGGU lepas berlaku gangguan IT global secara besar-besaran, tetapi mungkin ramai di kalangan kita tidak menyedarinya. Atau mungkin sedar tetapi tidak peduli sangat.
Maklumlah ia tidak melibatkan rumah tangga mana-mana selebriti atau kehidupan mana-mana pempengaruh dan pempengarut. Dalam peristiwa itu juga tidak ada isu-isu yang boleh dipolitikkan.