Salehuddin Saidin angkat sumpah Senator hari ini
Iklan
Salehuddin
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Unit Kes Terperingkat/Kepentingan Awam Jabatan Peguam Negara, Datuk Salehuddin Saidin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di sini hari ini.
Upacara itu dilakukan di depan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan pelantikan tersebut merupakan lantikan baharu oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 21 Julai 2027.
Iklan
Iklan
Nur Jazlan ketika berucap mengalu-alukan pelantikan Ahli Dewan Negara baharu itu, mengucapkan tahniah kepada Salehuddin dan berharap beliau dapat menjalankan amanah dan tugas dengan baik.
Salehuddin yang dilahirkan pada 8 Mei 1963 berasal dari Perak dan memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.
Iklan
Beliau yang kini merupakan pemilik Tetuan Salehuddin Saidin & Associates pernah menjawat beberapa jawatan penting kerajaan antaranya Timbalan Pendakwa Raya, Unit Jenayah Komersial di Jabatan Peguam Negara pada 1994 hingga 2001 dan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Selangor (2003-2006).
Salehuddin juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dari 2007 hingga kini selain turut memegang jawatan sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor sejak 2016 dan Ahli Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam bermula 2013. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>