Olimpik Paris 2024: Korea Selatan sasar lima pingat emas
Iklan
Atlet lawan pedang, Bon-gil dijangka mengetuai kontinjen Korea Selatan sebagai pembawa Taegeukgi.
KOREA Selatan meletakkan sasaran lima pingat emas dan berada dalam kelompok 15 terbaik pada temasya Sukan Olimpik 2024 yang berlangsung di Paris, Perancis.
Sasaran ditetapkan Jawatankuasa Sukan & Olimpik Korea (KSOC) menyaksikan jumlah pingat emas terendah negara itu dalam Sukan Olimpik sejak 1976.
Iklan
Iklan
Edisi Paris 2024, menyaksikan Korea Selatan dengan kekuatan 143 atlet akan bertarung dalam 21 daripada 32 sukan,delegasi Olimpik musim panas terkecil sejak 1976.
"Atlet dan jurulatih telah bekerja keras, dan kami semua bertanggungjawab memberikan kegembiraan kepada rakyat dengan persembahan terbaik,” kata Presiden KSOC, Lee Kee-heung
Iklan
Kontinjen Korea Selatan yang terdiri daripada 30 atlet dan 18 pegawai KSOC sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris selepas penerbangan 14 jam dari Korea Selatan.
Sementara itu, juara dua kali Olimpik acara lawan pedang sabre lelaki, Gu Bon-gil mengetuai kontinjen Korea Selatan sebagai pembawa Taegeukgi.
Iklan
Upacara pembukaan pula dijadualkan pada Sabtu dengan acara pusingan awal dalam beberapa sukan bermula lebih awal dalam minggu itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>