'Saya sedia tentang taktik buruk UMNO' - ADUN Rembia
Iklan
Muhamad Jailani
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menegaskan beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah oleh UMNO susulan penyertaanya dalam Pas, minggu lalu.
Malah beliau turut memberi amaran akan mendedahkan taktik buruk parti itu di mahkamah kelak.
Iklan
Iklan
"Saya bersedia mendedahkan dan menentang setiap taktik buruk UMNO yang tidak selari dengan undang-undang dan tidak berperlembagaan demi kebaikan ramai lagi ahli yang lain.
"Saya bersedia membersihkan ini di mahkamah," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi peringatan bahawa setiap calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya telah menandatangani Perjanjian Perwakilan Calon BN.
Perjanjian tersebut mengandungi akuan bersumpah daripada semua calon yang turut dinyatakan ahli yang menukar parti perlu membayar RM100 juta kepada BN.
Iklan
Sebagai rekod, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 16 Julai lalu mengumumkan Muhammad Jailani menyertai parti itu secara rasmi pada 10 Jun 2023.
Takiyuddin menjelaskan, keputusan Muhamad Jailani yang digantung keahlian UMNO selama enam tahun tidak dianggap sebagai lompat parti kerana pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>