Siapa yang akan ganti anda berniaga?
Iklan
Membuat anggapan kemahiran berniaga boleh diwarisi adalah satu andaian yang berbahaya. Foto hiasan 123RF
UPACARA perkahwinan anak jutawan India, Mukesh Ambani yang dianggarkan telah menanggung kos melebihi AS$600 juta telah mendapat pelbagai komen daripada masyarakat global. Mungkin jika dibandingkan dengan harta beliau yang melebihi AS$120 bilion, ia memberikan konteks lebih adil.
Bagaimanapun, beliau dan adiknya, Anil Ambani telah melalui satu episod menyedihkan berkenaan pusaka selepas ayah mereka, Dhirubhai yang mengasaskan Reliance Industries meninggal dunia.