Polis tidak pernah henti cari Rohani
Iklan
Polis masih berusaha mencari Rohani sejak menerima laporan Jun lalu.
GEORGETOWN - Polis tidak pernah berhenti mencari seorang wanita warga emas Rohani Babu, 63, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Paya Terubong dekat sini sejak Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis sedang berusaha mengesan warga emas itu selepas menerima laporan kehilangannya daripada ahli keluarga.