Mahathir, Mukhriz tidak dicabar
Iklan
Mukhriz dan Mahathir
ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi apabila tidak dicabar pada pemilihan Bersatu yang akan diadakan Jun depan.
Setiausaha Bersatu Kedah, Datuk A Aziz Mohamod berkata, hanya pencalonan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu diterima di Bahagian Langkawi pada hari penamaan calon yang berlangsung hari ini.
Iklan
Iklan
Sementara Menteri Besar Kedah yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menang tanpa bertanding di Bahagian Jerlun.
"Mukhriz mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Jerlun selepas tidak dicabar setelah tempoh penamaan ditutup,” katanya pada sidang media di Pejabat Bersatu Bahagian Alor Setar hari ini.
Iklan
A Aziz berkata, tiga bahagian lain turut menyaksikan penyandang ketua bahagian menang tanpa bertanding iaitu Razak Khamis di Pendang, Datuk Azimi Daim di Kulim Bandar Baharu serta Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat di Alor Setar.
"Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah bertanding jawatan Ketua Bahagian Kubang Pasu, dicabar oleh bekas Setiausaha bahagian itu, Mohd Nasir Jamaludin, manakala Ketua Srikandi Kedah, Halimaton Shaadiah Saad (Ketua Srikandi Kubang Pasu) berdepan satu lawan satu,” katanya.
Iklan
Pencalonan bagi pemilihan Bersatu bermula hari ini disusuli mesyuarat peringkat cawangan mulai 15 Februari sehingga 29 Mac, dengan mesyuarat di peringkat bahagian pula dijadualkan pada 18 April.
Perhimpunan Agung Bersatu pula akan diadakan selama empat hari bermula 25 Jun ini yang turut akan menjalankan pemilihan buat pertama kali sebelum perhimpunan berlangsung.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>