'Pas menentang langkah ke arah perubahan liberal berkonsep sekularisme' - Hadi
Iklan
Abdul Hadi
SHAH ALAM - Pas membatalkan kerjasama dengan parti-parti yang mengheretnya keluar dari sempadannya apabila nyata memusuhi Islam, menafikan kedaulatan dan kepemimpinan agama tersebut.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan menafikan kepimpinan parti itu termasuk sekularisme atau memesongkan dari hala tujunya dengan menggunakan istilah dan bahasa menggoda seperti liberal, progresif serta madani.
Iklan
Iklan
"Pas boleh bekerjasama dengan semua pihak dalam titik persamaan yang tidak mengheret Pas keluar dari prinsip beristiqamah, beraqidah Islam, dan berkonsepkan Islam memimpin bukan dipimpin.
"Pas yang berpegang kepada aqidah Islam dan syariatnya yang sempurna menentang langkah ke arah perubahan berjenama progresif atau liberal yang berkonsepkan sekularisme serta sesiapa yang bersekongkol dengannya.
Iklan
"Konsep ini nyata mencabar Islam dan konsep kepemimpinannya, sama ada oleh satu parti seperti DAP dan sepertinya ataupun kerjasama gabungan seperti Pakatan Harapan (PH) dan komponennya walaupun berjenama Islam,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Sabtu.
Dalam pada itu, ujarnya, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Liberal: Cabaran Gerakan Islam’, dalam Liqa’ Fikri Pas Pusat pada Sabtu.
Iklan
Menurutnya, konsep liberalisasi pada hari ini telah menghilangkan harga diri manusia di negara yang beramal dengannya.
"Runtuhnya harga diri manusia dan musnahnya hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan, sehingga manusia menjadi lebih hina daripada binatang.
"Mereka membenarkan perkahwinan sejenis atas nama kebebasan setelah mereka mengizinkan hubungan tanpa perkahwinan yang telah merosakkan institusi kekeluargaan.
"Bukan sahaja pakaian dan makanan yang tanpa peduli akan halal dan haram, bahkan telah membawa penyakit roh dan jasad,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>