Lori treler Thai cuba seleweng 1,688 liter diesel
Iklan
Sebuah treler tanpa muatan berpendaftaran Thailand didapati sedang membuat pengisian minyak diesel pada kenderaan di gudang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini, pada Khamis.
ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam melibatkan penyelewengan subsidi diesel sebanyak 1,688 liter pada Khamis.
Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, kes serahan tersebut hasil serbuan PGA Bukit Kayu Hitam pada jam 9 pagi ke atas sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, ketika serbuan, sebuah treler tanpa muatan berpendaftaran Thailand didapati sedang membuat pengisian minyak diesel pada kenderaan tersebut.
"Pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut merupakan pemegang lesen borong barang kawalan yang disyaki telah menjual barang kawalan bukan kepada pihak diberi kebenaran untuk membeli barang kawalan tersebut.
Iklan
"Pemeriksaan ke atas treler juga mendapati terdapat tangki tambahan telah diubahsuai untuk menyimpan barang kawalan iaitu minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau menambah, pasukan serbuan bertindak menyita sejumlah 1,688 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM5,654.80 dan treler berpendaftaran Thailand tersebut.
Iklan
Kata Muhammad Nizam, jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM105,654.80.
"Susulan itu, seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Thailand berusia lingkungan 20-an disyaki terlibat dengan aktiviti penyelewengan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra dan telah menerima perintah reman selama empat hari bagi tujuan siasatan," katanya.
Beliau memaklumkan, kes disiasat di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.