Koronavirus: Pahang seru adakan solat hajat

Iklan
Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN - Kerajaan negeri menyeru umat Islam di negeri ini mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan daripada sebarang wabak penyakit.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, walaupun tiada sebarang laporan mengenai wabak tersebut di negeri ini setakat ini, namun inisiatif tersebut diambil bagi memastikan negara tersebut dijauhkan daripada wabak dan segala jenis penyakit.

Iklan
Iklan

"Kita peka dengan situasi semasa dan bimbang wabak koronavirus ini 'ditembusi' (dijangkiti) walaupun Pahang masih tiada laporan mengenai penyakit tersebut.

"Jadi, kita menyeru supaya masjid kariah di seluruh Pahang mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat terdekat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Beliau berkata, solat hajat juga akan dilakukan secara berjemaah pada waktu Maghrib selama seminggu.

"Semoga ALLAH melindungi 'immah' dari segala wabak, fitnah dan bencana," katanya.

Iklan

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu dijangkiti virus itu diperoleh daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh.

Ketiga-tiganya merupakan ahli keluarga terdekat kepada lelaki berusia 66 tahun yang disahkan positif wabak berkenaan di Singapura sebelum ini.