IDEAS cadang CDF dikanunkan
Iklan
Aira Azhari ketika menjadi panel Wacana Sinar edisi 447 bertajuk “Nak Peruntukan Kena yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mencadangkan agar peruntukan pembangunan kawasan (CDF) dikanunkan bagi mengatasi masalah berat sebelah dalam pemberian dana mengikut kawasan parlimen.
Pengurus Kanan, Advokasi dan Program IDEAS, Aira Azhari berkata, ia perlu dilaksanakan segera kerana dikhuatiri akan berulang pada masa akan datang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ini kerana tiang seri bagi negara demokrasi adalah mengalihkan pembuat keputusan daripada individu kepada sistem, struktur dan undang-undang.
"Kenapa peruntukan ahli Parlimen yang sah diundi oleh rakyat dijadikan sebagai alat untuk kita kata kena ada rundingan dengan Perdana Menteri atau kerajaan yang memerintah," ujarnya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 447, Nak Peruntukan Kena Lari? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.
Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.
Iklan
Tambah Aira, jika suatu hari nanti undang-undang itu perlukan perubahan atau pindaan, ia boleh dibahaskan di Parlimen.
"Seperti akta lain juga. Katakan kerajaan masa datang mahu ubah kriteria tersebut, kita bahas di Parlimen.
"Itu cadangan kami sebab bagi saya perkara yang berlaku sekarang tidak boleh berulang lagi agar dapat melahirkan pembangkang yang mampu menjalankan tugas sebagai semak dan imbang," jelasnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>