33 penguat kuasa SPRM pantau PRK Nenggiri
Iklan
Rosli (kiri) ketika menjadi penceramah di Program Ahli Politik dan SPRM Kelantan Komited Memperkasa Budaya Tolak Rasuah.
KOTA BHARU - Keseluruhan 33 penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan bertugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos nanti.
Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, berkata, pada masa sama, satu bilik gerakan beroperasi secara 24 jam juga akan dibuka di Kota Bharu sebaik saja selepas penamaan calon pada 3 Ogos ini.
Iklan
Iklan
Rosli
Kata beliau, bagaimanapun Pejabat SRPM Cawangan Gua Musang tetap beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat dan aduan berkaitan.
"Dua anggota diselia oleh seorang pegawai kanan akan ditempatkan di Bilik Gerakan SPRM di Kota Bharu bagi menerima laporan melibatkan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Iklan
Rosli (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (dua dari kanan).
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ahli Politik dan SPRM Kelantan Komited Memperkasa Budaya Tolak Rasuah di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.
Beliau mengulas, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 disifatkan sebagai akta ‘bermusim’ merangkumi penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.
Iklan
"Misalnya kesalahan seperti menjamu, menjanjikan atau memberikan apa-apa barangan atau wang semasa berkempen.
"Semua itu menjadi satu kesalahan dan jika ada aduan, kami akan melakukan siasatan mengikut akta-akta yang tersedia,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>