Penumpang maut kereta langgar pembahagi jalan

Iklan
Keadaan kereta Proton Saga FLX yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi. Foto: Ihsan PGOKL

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tun Razak pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta jenis Proton Saga FLX itu juga dilaporkan mengalami kecederaan patah kaki.

Iklan
Iklan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.07 pagi dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

"Sewaktu anggota penyelamat tiba, pemandu kereta tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Iklan

"Penumpang kereta itu pula dikeluarkan oleh anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan