Penyakit baharu ancam masyarakat
Iklan
Buli siber yang menjadi penyebab kematian adalah punca kematian baharu sejak wujudnya media sosial. Gambar hiasan 123RF
BERITA kematian Rajeswary Appahu atau Esha, 28, pada 5 Julai lalu adalah tragedi yang tidak boleh dipandang ringan. Wanita itu dipercayai telah mengambil nyawanya kerana tidak tahan dengan pembuli siber.
Sebelum itu, Esha sendiri telah membuat laporan polis dan menamakan mereka yang mempunyai akaun TikTok, dikatakan sebagai penyebab kematian wanita itu – membuat hantaran mengandungi ugutan dan ancaman terhadap pempengaruh tersebut menggunakan kata-kata kesat serta lucah.