Op Selamat 16: Lebih 11,000 kemalangan dalam tujuh hari
Iklan
KUALA LUMPUR - Sejumlah 11,788 kemalangan jalan raya melibatkan 17,901 kenderaan dilapor dalam tempoh tujuh hari Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baru Cina sejak ia dilancarkan pada 18 Jan lepas sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu sebanyak 3,611 kes, Johor (1,824 kes), Kuala Lumpur (1,432 kes) dan Pulau Pinang (978 kes).