Psikologi hijrah daripada kebangkitan Islam
Iklan
Gaya dakwah di Malaysia masih belum melepas tahap ‘remaja’ dan memerlukan perubahan psikologi umat Islam ke arah kematangan.
KEMERDEKAAN daripada penjajahan dan pengaruh sekularisme mungkin menjadikan aktiviti dakwah umat Islam seolah-olah terpaksa bermula semula dari peringkat ‘bayi’.
Walaupun akidah umat Islam tetap teguh, banyak aspek syariah Islam yang tidak dapat dilaksanakan. Ramai ulama, pendakwah dan kumpulan Islam yang berjuang untuk mengembalikan syariah ke tahap sepatutnya, pada era moden.