Kemenangan PN, petunjuk awal di PRK Nenggiri?
Iklan
Kemenangan PN di Sungai Bakap boleh menjadi petunjuk awal bahawa calon Kerajaan Perpaduan mungkin menghadapi kesukaran dalam PRK Nenggiri. Gambar kecil dari kiri: Hussain Yusri, Jamaie Hamil
KEKALAHAN Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap baru-baru ini merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan serta memberikan isyarat penting mengenai sentimen dan pandangan rakyat terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan.
Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang berjaya menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin dengan majoriti besar sebanyak 4,267 undi merupakan satu kejutan besar buat ramai pihak. Ini kerana secara tradisinya, Sungai Bakap adalah milik PKR apabila parti itu berjaya mengekalkan kerusi DUN selama tiga penggal sejak tahun 2008.