'Speaker dijangka berdepan dilema'
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada 22 Jun lalu. Gambar kecil: Sivamurugan
SHAH ALAM - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkemungkinan akan berbelah bahagi untuk mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran kekalahan parti Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, ia kerana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) pastinya akan khuatir kekalahan sama akan berlaku di enam kerusi Parlimen terbabit.