'Perlu fikir luar kotak majukan bola sepak'
Iklan
Ishsam berkhidmat sebagai wakil rakyat selepas memenangi Pilihanraya Umum ke-15 yang lalu.
PELBAGAI isu yang melanda sukan bola sepak negara ketika ini, terutama membabitkan tunggakan gaji dan insiden keganasan terhadap para pemain bukanlah perkara baharu, namun ia masih gagal ditangani biarpun struktur pembangunan bola sepak semakin berubah.
Senario yang melanda sukan kegemaran rakyat Malaysia itu menimbulkan pelbagai rasa kurang senang pelbagai pihak termasuk bekas-bekas pemain.