Muda jadi pilihan di Sabah, Perak dan Pulau Pinang
Iklan
Amir Hariri (tengah) bersama sebahagian kepimpinan Muda semasa turun padang ke Kelantan.
KOTA BHARU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendedahkan mereka menjadi pilihan anak muda di Sabah, Perak serta Pulau Pinang yang mahu bergiat dalam dunia politik tanah air.
Setiausaha Agungnya, Amir Hariri Abd Hadi berkata, isyarat tersebut memberi semangat kepada mereka untuk terus menambah keahlian di seluruh negara dan Selangor serta Wilayah Persekutan merekodkan jumlah tertinggi.
Iklan
Iklan
"Setakat ini data keseluruhan kita ialah 80,000 ahli. Jumlah keahlian bukan pengaruh besar, kita mahu ahli yang berkualiti serta memahami perjuangan parti.
"Menuju ke PRU16 (Pilihan Raya ke-16) pada hujung tahun ini Muda akan mengadakan pemilihan parti yang pertama untuk memilih kepimpinan baharu," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Sabtu malam.
Iklan
Menurut beliau, fokus utama mereka ialah untuk membina semula parti dengan mengemas kini keahlian, penyusunan semula negeri, Parlimen serta perlantikan pengerusi baharu.
Ujarnya, walaubagaimanapun hanya ada beberapa kepimpinan negeri mengalami perubahan.
Iklan
Amir Hariri memberitahu, kebanyakan negeri masih mengekalkan kepimpinan.
"Kami mahu memastikan ahli faham apa yang diperjuangkan parti dan memberi fokus kepada 'bina rumah' dulu.
"Target kami adalah untuk mempunyai wakil di 222 Parlimen. Dalam setahun dua ini agak sukar namun kami ke arah itu," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>