Syor laksana peringkat Veteran UMNO seluruh Malaysia
Iklan
Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ahmad (empat dari kanan) selepas Masjlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2024 di Dewan Lestari Guar Chempedak, di sini, pada Sabtu.
YAN - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesyorkan konsep lima peringkat dilaksanakan di seluruh Bahagian UMNO di Malaysia.
Ahmad berkata, veteran UMNO akan menjadi tambahan kepada empat peringkat sedia ada sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Dengan itu ia akan membabitkan Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan veteran selepas ini.
"Antara sebabnya, apabila kita membuat pilihan raya kecil (PRK), pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN), mereka yang berumur itu yang menunjukkan kesetiaan pada parti ini," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2024 di Dewan Lestari Guar Chempedak di sini, pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau berpandangan, golongan berkenaan perlu diberi penghargaan sebagai sebahagian jentera utama parti.
Iklan
"Kumpulan-kumpulan yang berumur emas ini, mereka amat setia pada perjuangan UMNO (dan) perjuangan parti Barisan Nasional (BN).
"Oleh itu, saya kira peringkat veteran perlu ditambah daripada empat (peringkat) biasa (iaitu) Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri (dan) tambah satu lagi veteran," katanya.
Beliau berkata, lima peringkat itu akan menggambarkan satu tambahan kekuatan UMNO.
"Tambahan (peringkat) itu bukan sengaja-sengaja ditambah tetapi kita menghargai sokongan orang-orang lama (menjadi) kekuatan parti kita," katanya.
Ahmad berkata, beliau akan mula menggunakan konsep itu di bahagiannya sendiri iaitu Pontian dalam mesyuarat perwakilan bahagian yang akan datang.
"Saya akan menjemput 20 jawatankuasa veteran UMNO bahagian Pontian supaya berada di barisan hadapan," katanya.
Beliau berpandangan, kehadiran veteran UMNO diharap memberi inspirasi kepada orang-orang baharu dalam perjuangan parti itu, meskipun mereka tidak akan mengundi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.