KUALA LUMPUR- Sebanyak 3, 206 kemalangan direkodkan di Selangor dalam tempoh lima hari Op Selamat 16/2020 dilaksanakan sempena Tahun Baharu Cina yang bermula sejak 18 Januari hingga 23 Januari lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes merupakan kemalangan maut dengan 20 kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan melibatkan 16 penunggang motosikal, dua pejalan kaki, dan masing-masing seorang pembonceng motosikal dan penunggang basikal.