BAITULMAQDIS - Kementerian Kesihatan Israel melaporkan tiga lagi kematian akibat demam Nil Barat pada Rabu, meningkatkan jumlah kematian dalam wabak itu kepada 11, lapor Xinhua.
Menurut Kementerian Kesihatan, 153 orang telah didiagnosis dengan virus itu sejak Mei, jangkitan tahunan tertinggi demam Nil Barat dalam tempoh 24 tahun.