KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menerajui aspek berkaitan sains, teknologi, peralihan tenaga, digital dan kemampanan alam sekitar terutamanya menjelang kepengerusian ASEAN tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui Presiden UN Sustainable Development Solutions Network, Profesor Jeffrey D Sachs dalam pertemuan mereka ketika beliau menerima kunjungan hormat tokoh ekonomi dan pemikir terkemuka Amerika Syarikat itu di bangunan Parlimen hari ini.