Tabik hormat untuk Syed Saddiq!
Iklan
Syed Saddiq berjaya menamatkan misi larian solonya selama empat hari dari Muar ke Parlimen pada pagi Isnin. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Awang angkat tabik pada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang berjaya menghantar mesej jelas pada pimpinan negara. Mesej itu adalah, tidak patut ada pilih kasih dalam pemberian bantuan kepada ahli Parlimen, khususnya daripada pembangkang.
Syed Saddiq berlari sejauh 200 kilometer dari Muar ke bangunan Parlimen. Beliau bermula pada hari Jumaat dan sampai di Parlimen pada jam 9.30 pagi Isnin lalu.