Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Iklan
Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas. Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan pasaran terus menerima data penting pada minggu ini, kata ahli ekonomi.
Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, akan terdapat beberapa siri Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang akan mempengaruhi sentimen perniagaan.
Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) akan mengeluarkan Indeks Pembuatan ISM untuk Jun 2024 pada malam ini, yang telah merosot di bawah 50 mata selama dua bulan berturut-turut.
Iklan
Selain itu, akan terdapat Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Buruh (JOLTS) pada Selasa, perubahan Pekerjaan ADP pada Rabu dan Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) pada Jumaat.
"Hari ini adalah permulaan dagangan pada separuh kedua 2024. Kami percaya peristiwa penting berhubung pilihan raya di Eropah (UK dan Perancis) serta AS pada November akan mempunyai pengaruh yang besar terhadap sentimen pasaran.
Iklan
"Selain itu, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang dijadualkan pada 30-31 Julai akan dipantau untuk petunjuk mengenai kemungkinan dasar monetari dilonggarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.
Mungkin, perbincangan mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah di AS akan menjadi lebih hangat pada separuh kedua 2024,” katanya.
Sementara itu, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9274/9301 daripada 2.9345/9365 dan meningkat berbanding pound kepada 5.9632/9683 daripada 5.9639/9676, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 5.0643/0685 daripada 5.0494/0526 pada Jumaat lepas.
Ringgit juga kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4777/4809 daripada 3.4792/4816, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8307/8472 daripada 12.8508/8646 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 287.8/288.2 daripada 287.9/288.3 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.05/8.06. - Ringgit
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>