Pakar cadang subsidi petrol motosikal RM50, kereta RM150
Iklan
Barjoyai (gambar kecil) menjangkakan penyasaran subsidi RON95 akan dilakukan pada tahun hadapan. Gambar kecil: Barjoyai
SHAH ALAM - Penggunaan kad pengenalan dan memperkenalkan pengenalan diri (ID) khas baharu adalah antara lima kaedah penyaluran subsidi petrol yang boleh dipertimbangkan kerajaan bagi mengelak berlakunya ketirisan.
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, tiga kaedah lain ialah pemindahan tunai melalui kad debit atau kredit, baucar tunai dan mewujudkan sistem khas seperti e-dompet.