Peranan besar kesatuan sekerja penentu 'work life balance'
Iklan
Jam kerja yang terlalu panjang antara faktor yang menyumbang kepada keletihan, tekanan dan kurang masa untuk aktiviti peribadi. Gambar Hiasan (Gambar kecil: Sharifah Nursyahidah)
SHAH ALAM - Susulan sebuah kajian mendedahkan work life balance di Malaysia kedua terburuk di dunia, pakar mengakui pekerja negara ini berdepan beberapa isu dalam mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Sharifah Nursyahidah Syed Annuar berkata, terdapat beberapa faktor menyebabkan pekerja terpaksa mengutamakan pekerjaan berbanding kehidupan masing-masing.