Dengarlah bantahan melesen medsos
Iklan
Dalam kalangan media sosial sebagai sumber berita, kajian Reuters mengesahkan enam jenama media sosial popular digunakan di Malaysia ialah Facebook, WhatsApp, YouTube, TikTok, Instagram dan Telegram. Gambar hiasan
KEMAJUAN dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah cara khalayak mengakses berita serta maklumat. Ia adalah trend di seluruh dunia.
Secara kolektif, berita kekal berkuasa dan kewartawanan bebas (independent journalism) tetap bernilai tinggi dalam memaklumatkan audiens tetapi dalam berbuat demikian, mereka tak lagi bergantung kepada media tradisional – akhbar dan TV.