Penyeludup makin ligat sasar RON95
Iklan
KPDN berjaya mengesan kegiatan sindiket yang menggunakan lori dan berulang kali membuat pengisian minyak diesel.
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesan sindiket yang cuba beralih kepada penyeludupan minyak petrol RON95.
Ini susulan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai harga diesel di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter pada 10 Jun lalu.