Piala FA: Terengganu pesta gol, Kedah bawa bekalan tipis ke Alor Setar
Iklan
Penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat (empat, kanan) menggagalkan percubaan pasuka. Terengganu FC, pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam ini. Foto Bernama
TERENGGANU FC (TFC) membelasah Sabah FC 4-0 pada saingan suku akhir pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam ini.
Keputusan itu menyaksikan TFC yang juga finalis Piala FA 2022 membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 6 Julai depan.
Iklan
Iklan
Anak buah Tomislav Steinbruckner mengejutkan pasukan pelawat menerusi gol pembukaan Manuel Ott yang menolak masuk bola hasil hantaran Muhammad Safawi Rasid seawal minit kesembilan.
Ott kemudian membantu jaringan Ismaheel Akinade pada minit ke-37 bagi menceriakan lebih 15,000 penyokong skuad Penyu.
Iklan
Lima minit berselang, gawang Sabah bocor lagi menerusi rembatan deras Marin Pilj dari dalam kotak penalti disusuli jaringan kedua Akinade pada minit ke-48.
Dalam satu lagi aksi, Kedah Darul Aman (KDA) FC membawa bekalan tipis untuk aksi separuh akhir kedua apabila mengatasi Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang.
Pemain tengah gantian Mohamad Hasbulllah Abu Bakar muncul penyelamat apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 setelah penjaga gol Penang FC Sikh Izhan gagal menangkap kemas tendangan kapten pasukan KDA FC Sony Norde.
Iklan
Pasukan pelawat menambah jaringan dua minit kemudian menerusi pemain import Ebenezer Assifuah namun gol itu dibatalkan pengadil perlawanan Ahmad Zuhaidi Dzulkifli kerana ofsaid.
Aksi timbal balik kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 5 Julai ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>