PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan, lantikan Ramlan yang berkuat kuasa hari ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.