Jenazah Abdul Aziz selamat dikebumikan
Iklan
Anita Azrina iaitu anak kepada Allahyarham menyiram air mawar ketika pengebumian bapanya di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jenazah bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Berhad Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira jam 3 petang tadi.
Allahyarham yang berusia 86 tahun meninggal dunia di Hospital Gleneagles pada jam 11.51 malam tadi akibat komplikasi kanser.
Iklan
Iklan
Terdahulu, jenazah allahyarham dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, di sini.
Lebih 1,000 tetamu hadir di masjid berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham; antaranya ialah bekas Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Dr Mohamed Munir Abdul Majid; Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin; Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Kamarudin Md Ali.
Iklan
Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Wan Zakiah Ibrahim dan empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Allahyarham mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1982 dan bersara pada 1991.
Iklan
Sewaktu perkhidmatannya, MAS memasuki antara fasa kegemilangannya dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu kini berhadapan dengan kemelut dan terpaksa dibantu dengan bantuan kerajaan sebanyak RM6 bilion selain membuang seramai 6,000 pekerja.
Ekoran daripada itu, Allahyarham menawarkan untuk mengambil alih syarikat itu termasuk berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>